Tuesday, March 24, 2009

~huhu kata2 fahana~

Garam yang dicampurkan ke dalam secawan air akan terasa masin berbanding garam yang dicampur ke dalam sebuah kolam. Begtulah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita. Itulah rahsia ketenangan jiwa, supaya kita boleh berfikir tentang perkara-perkara lain. (fahana yg bagi)

No comments: